MITI berusaha kukuhkan jaringan di Sarawak

0

KUCHING: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Wilayah Sarawak dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jaringan bersama agensi berkaitan perdagangan dan industri di negeri ini.

Pengarah Pejabat MITI Sarawak Abdul Aziz Sharkawi berkata, ia bukan sahaja langkah merapatkan hubungan dengan agensi berkaitan tetapi juga mendapatkan maklum balas mengenai situasi atau persekitaran perniagaan di Sarawak.

“Hari ini kami berpeluang berjumpa dengan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Sarawak (SSCI) dan Persatuan Kayu-kayan Sarawak untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka.

“Kami mahu tahu maklum balas mengenai masalah dalam polisi MITI kerana kami terlibat dalam perdagangan, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sesi Jaringan MITI sempena Hari Raya Aidilfitri di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang di sini, semalam.

Tambah Aziz selain itu, pihaknya mahu mengenal pasti masalah yang dihadapi industri dalam situasi masa kini.

Dalam usaha yang sama kata beliau, MITI akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan agensi di bawah kementerian itu seperti Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

“Ini adalah agensi yang kami mahu kukuhkan lagi kerjasamanya bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Bagi perancangan di Sarawak pada tempoh enam bulan ini kami juga menumpukan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan industri di Sarawak khasnya dari segi bagaimana mengeksport produk mereka,” katanya.

Aziz memberitahu, selain itu dalam tempoh enam bulan ini juga MITI Sarawak turut akan meningkatkan kesedaran bersama PKS bagi mempromosikan produk Hari ini kami berpeluang berjumpa dengan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Sarawak (SSCI) dan Persatuan Kayu-kayan Sarawak untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Abdul Aziz Sharkawi Pengarah Pejabat MITI Sarawak “ ” mereka.

“Kami mahu PKS mempromosikan produk mereka bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi luar negara seperti Indonesia, Brunei dan Filipina dan ini adalah perancangan kami dalam tempoh enam bulan ini,” katanya.

Sementara itu majlis semalam turut dihadiri Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Datuk Abang Karim Tun Abang Openg dan Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak Datuk Abang Khalid Marzuki.