Sunday, June 20

SPRM Pulau Pinang sudah mengatasi sasaran KPI

0

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang membuka 38 kertas siasatan setakat bulan lepas, sekali gus mengatasi jumlah 30 kertas siasatan ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk tahun ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Samarajoo Manikam berkata pihaknya juga melakukan 28 tangkapan setakat tahun ini iaitu 14 kes melibatkan penjawat sektor awam manakala 14 lagi pekerja sektor swasta.

“Antara pendakwaan kes berprofil tinggi tahun ini termasuk seorang pegawai bertaraf Jawatan Utama Sektor Awam  (JUSA) B dan salah guna kuasa pegawai bertaraf JUSA C,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Pangsapuri kediaman SPRM Pulau Pinang di sini semalam oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sementara itu, Abu Kassim berkata SPRM Pulau Pinang telah berjaya menyelesaikan kesemua kes tertunggak tetapi tidak menyatakan jumlahnya.

Katanya SPRM kini memberi tumpuan kepada sektor swasta berikutan peningkatan jumlah kes membabitkan sektor itu kebelakangan ini. — Bernama