Lelaki nyaris maut lori sawit rempuh pokok

0

REMUK TERUK: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman berusaha mengeluarkan mangsa dalam kemalangan itu.

SRI AMAN: Seorang lelaki nyaris maut selepas lori kelapa sawit yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan PUSPAKOM

Sri Aman di sini, petang semalam.

Terdahulu, lori mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dikatakan bergeser dengan sebuah kereta Proton Saga sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan dalam kejadian pada jam 3 petang.

Berikutan itu, muatan buah sawit lori mangsa bertaburan di tempat kejadian sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Beberapa anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori tersebut.

Mangsa yang dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.