Spurs ratapi kehilangan Bale

0

NYON, Switzerland: Pengurus Tottenham Andre Villas-Boas pada Khamis lepas meratapi kesudahan drama perpindahan Gareth Bale tetapi berkata dia percaya pemain Wales itu akan melakukan keajaiban di Real Madrid.

Bale diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Madrid pada Isnin lepas, setelah tiba dari Tottenham Hotspur dengan kontrak selama enam tahun bernilai sekitar 80 juta pound (RM400 juta).

“Sudah tentulah kita harus gembira dengan yuran perpindahan yang telah dibayar,” kata Villas-Boas.

Bale merupakan pemain terbaru di antara beberapa pemain ‘galactico’ yang ditandatangani presiden Real, Florentino Perez selama dua penggal dia berkuasa di kelab itu, dalam usaha untuk mencerahkan lagi kejayaan mereka di atas padang dan meningkatkan nilai komersil di luar padang.

Villas-Boas berkata dia faham kenapa pemain Wales itu mahu menjadi sebahagian daripada usaha Real untuk memburu keagungan baharu.

“Pemain mahu memenangi kejuaraan dan saya percaya bersama Gareth, ia dapat dicapai,” katanya.

Dia turut menggariskan pemain ada hak untuk memajukan kerjaya mereka menerusi perpindahan.

“Akhirnya, ia terpulang kepada pemain untuk menentukan sama ada dia mahu kekal atau pergi,” katanya. — AFP