BAU: Kolej Komuniti di-saran mengadakan kursus kemahiran khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dalam usaha memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat.
Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamala-nathan berkata, pihak Kolej Komuniti harus mengambil inisiatif tersebut bagi menyokong usaha kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat dari segi pendidikan.
“Saya mencadangkan agar Kolej Komuniti meng-adakan kursus kemahiran khas bagi golongan OKU berdasarkan permintaan dan keperluan pasaran kini,” ujar P.Kamalanathan ketika ditemui selepas meng-adakan lawatan mesra ke Kolej Komuniti Mas Gading semalam.
Menurutnya, kerajaan baru-baru ini melancarkan konsep pembelajaran untuk semua dan ini merupakan salah satu saluran yang dapat dipikul oleh Kolej Komuniti.
Beliau turut memberitahu bahawa Kolej Komuniti merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) yang dapat mengusahakan sesuatu kursus baharu berdasarkan permintaan dan kehendak komuniti.
“Kolej Komuniti merupakan IPT yang paling pemurah kerana mereka mampu mengadakan kursus baharu berdasarkan keperluan dan kehendak komuniti semasa.
“Sebagai contoh, sekiranya terdapat 20 orang pelajar yang ingin belajar mengenai sesuatu kemahiran tertentu yang baharu, maka Kolej Komuniti akan berusaha mencari seorang pakar bagi mengajar subjek tersebut,” jelasnya.