Wanita berbasikal maut dirempuh lori

0

SIBU: Seorang wanita beru­mur 46 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pedada, di sini sekitar jam 7 pagi semalam.

Mangsa menaiki basikal dikatakan mengayuh basikalnya dari Jalan Berjaya di sini, dikatan membelok ke Jalan Pedada apabila sebuah lori tangki yang datang dari arah bandar merempuh­nya.

Akibat itu mangsa ter­jatuh dari basikalnya mana­kala basikalnya berada di bawah bahagian depan lori itu.

Mangsa yang pengsan men­galami pendarahan di kepala digegaskan ke Hospital Sibu menggunakan ambulans.

Malangnya, mangsa disa­hkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi.

Kemalangan itu mengaki­batkan kesesakan lalu lintas semasa orang ramai turun kerja pada pagi itu.