Cicing dan Adi Supriadi johan Cabaran 4×4 Antarabangsa Sarawak

0

KUCHING: Pelumba Indonesia, Cicing dan Adi Supriadi dinobatkan johan Cabaran 4×4 Antarabangsa Sarawak (Siri ke- 3) bagi Kumpulan C yang diadakan di Lee Ling Heights, Batu 6, Jalan Kuching-Serian pada minggu lepas.

Cicing yang juga pelumba bagi pasukan tersebut sangat gembira dengan kejayaannya muncul juara buat kali pertama pada cabaran di sini setelah meraih 882 mata Ketika ditemuramah, Cicing yang berasal dari Kabupaten Landak, Kalimantan Barat berkata kemenangan itu sangat berharga buat dirinya.

Malah, beliau memberi jaminan akan kembali pada edisi tahun hadapan untuk mempertahankan gelaran yang dimenanginya.

“Ia satu kejayaan yang cukup membanggakan kerana saya tiba di sini untuk mewakili negara dan saya berjaya melakukannya dengan cemerlang,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.

Kemenangan itu memastikan Cicing dan Adi Supriadi mendapat hadiah berupa tayar, trofi dan wang tunai.

Tempat kedua pula milik pasanagan dari Malaysia, Chang Yau Leong dan Tnay Kok Phing.

Manakala, satu lagi pasangan dari Indonesia Hendrian Lim dan Hew Kwet Fo di tempat ketiga.