Wednesday, July 28

G-Host B juara sepak takraw di Kampung Hilir Sri Aman

0

KENANGAN: Zaidel (berdiri lima kanan) merakamkan kenangan bersama para pemenang pertandingan tersebut.

SRI AMAN: Pasukan G-Host B dari Kampung Hilir Sri Aman muncul johan Pertandingan Sepak Takraw Merdeka Raya 2013 anjuran Jawatankuasa Pengurusan Gelanggang kampung tersebut, baru-baru ini.

Menerusi kemenangan itu, G-Host B membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, piala dan medal.

Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing disandang oleh pasukan GSTK B dan Ghost A.

Kedua-dua pasukan menerima hadiah wang tunai bernilai RM200 dan RM100 berserta piala dan medal.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak, Parlimen Batang Lupar, Zaidel Ripin.

Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.