Penduduk diingat guna tong sampah dan jangan buang lambakan sampah

0

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd (Trienekens) mengingatkan penduduk agar menggunakan tong sampah yang disediakan kepada mereka dan melarang membuang lambakan sampah di tempat awam.

Menurut kenyataan akhbarnya Selasa lalu, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata kebanyakan barangan yang dibuang boleh diletakkan di dalam tong sampah tetapi penduduk perlu memilih untuk membuangnya secara terbuka atau di sekitar kawasan perumahan mereka – termasuk sisa taman yang sebenarnya boleh dipatahkan untuk memenuhi tong.

“Malangnya, penduduk yang tidak bertanggungjawab lazimnya meninggalkan sisa di tepi jalan dalam keadaan berselerak dengan anggapan bahawa seseorang akan membersihkannya.

“Lama kelamaan, apa-apa bahan buangan boleh menjadi tempat lambakan sampah yang boleh mewujudkan ketidakselesaan serta masalah kesihatan, “ kata Lo.

Beliau berkata masalah itu sentiasa berulang dan sukar untuk ditangani tanpa kerjasama awam.

Pihak MPP sebelum ini telah menghabiskan banyak wang untuk membersihkan tempat-tempat pembuangan sampah haram sedangkan dana yang dibelanjakan boleh digunakan untuk menaik taraf kemudahan awam lain seperti saliran atau jalan raya.

Pengurus Bahagian Perkhidmatan dan Logistik Trienekens Sarius Lee turut bersetuju dengan pendapat Lo.

Katanya sisa yang lebih besar seperti batang pokok atau perabot lama tidak boleh dimuatkan ke dalam tong.

Justeru, Sarius menasihati penduduk menghubungi Trienekens untuk mendapatkan tong bersaiz besar seperti bekas Roro untuk sisa yang lebih besar.

“Lori ‘compactor’ biasa kami tidak bersedia untuk mengambil sisa yang lebih besar seperti itu tetapi kami mempunyai penyelesaian yang lain seperti bekas Roro, yang penduduk boleh gunakan sepenuhnya .

“Dengan cara ini, sisa dapat dilupuskan dengan betul dan kebersihan di kawasan ini dikekalkan tanpa mencemarkan persekitaran, “ katanya.

Dalam perkembangan lain , lambakan haram adalah satu kesalahan di bawah Undang-undang 1999 Pihak Berkuasa Tempatan (Kebersihan), bagi sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 bagi kesalahan pertama dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya, denda RM2,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pengurusan sisa, penduduk dinasihati menghubungi Trienekens di talian 082-612300 .

Untuk melaporkan sebarang lambakan haram, orang ramai digesa menghubungi MPP di talian 082-615566 .