Piala Liga Juara-Juara Sarawak mendapat tajaan mencecah RM69,500

0

BINTULU: Piala Liga Juara- Juara Sarawak mendapat tajaan mencecah RM69,500 daripada pelbagai pihak termasuk badan-badan korporat di sini, semalam.

Tajaan itu diterima daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bernilai RM30,000; Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing (RM25,000), Lembaga Pelabuhan Bintulu (RM2,000), Farley Mini Market (RM1,000), Harbour Link Group (RM1,000) dan tajaan penginapan VIP selama 10 malam di Hotel Parkcity Everly Bintulu.

Lea Sport Centre (LSC) turut menaja peralatan sukan membabitkan bola dan jersi untuk kejohanan bola sepak tersebut.

Tajaan diterima oleh Residen Bahagian Bintulu merangkap pengerusi pertandingan, Muhamad Yakup Kari di Wisma Residen semalam.

Majlis penyerahaan tajaan itu turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu, Zaiedy Nor Abu Nasir.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA), Duke Janteng berkata, kejohanan dari 29 September hingga 6 Oktober itu akan berlangsung di Stadium Mini Bintulu dan padang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

“Sebanyak 18 pasukan dari 10 bahagian telah mengesahkan diri menyertai kejohanan itu,” katanya semasa ditemui pada mesyuarat dan majlis penerimaan tajaan di Wisma Residen semalam.

Katanya, penutupan rasmi kejohanan itu akan disempurnakan oleh Yang di- Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pada jam 2 petang, 6 Oktober di Stadium Mini Bintulu diikuti majlis makan malam di Hotel Parkcity Everly Bintulu.

Manaka l a pe r a smi a n sepak mula kejohanan itu akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom pada jam 2 petang 29 September di stadium sama diikuti majlis makan malam di Dewan Suarah.

Pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan itu terdiri daripada SEG FC (Kuching), FBSB (Miri), Rezadi FC (Sarikei), J Kapit (Kapit) dalam Kumpulan A; AY 17 (Betong), ABC Club (Limbang), Sanjung Atika (Samarahan), 30 Junction (Betong), MLNG Petronas (Bintulu) dalam Kumpulan B; NJ Kapit (Kapit), Sambir Bistari (Samarahan), Polis BST (Miri), Nafas E10D (Mukah), JKR Sri Aman (Sri Aman) dalam Kumpulan C; Samalaju FC (Bintulu), EG Galaxy (Betong), Tiger FC (Limbang) dan Persela FC (Kuching) dalam Kumpulan D.