Pesara polis lega dapat tunai haji setelah menanti selama 14 tahun

0

SELAMAT PERGI DAN PULANG: Abang Johari (dua kiri) bersalaman dengan jemaah haji di LTAK semalam. Turut kelihatan Daud (kiri). — Gambar Cimon Upon

KUCHING: Penantian 14 tahun pesara polis untuk mengerjakan haji berakhir apabila terpilih menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Sambil bersyukur atas kesempatan yang diberikan, Ramli Johari, 57, berkata dia akan mengerjakan ibadah itu  sebaik-baiknya bagi menda-patkan haji yang mabrur.

Sebelum ini, Ramli memberitahu bahawa dia pernah berjanji untuk mengerjakan haji sekiranya mempunyai keupayaan dan rezeki.

“Saya mahu menunaikan janji saya kerana Allah SWT, wang ini hasil keringat sendiri selepas bersara daripada polis dan saya amat bersyukur dapat bersama-sama isteri menunaikan haji.

“Selepas 14 tahun menanti akhirnya saya diberi kesempatan bersama isteri menunai-kan ibadah haji bersama,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada majlis keberangkatan jemaah haji kumpulan kedua seramai 278 orang semalam.

Sementara itu, Noraihan Jamali, 16, yang merupakan jemaah termuda dalam kumpulan kedua jemaah haji dari Sarawak berkata, dia bersyukur diberi kesempatan menunaikan ibadah itu bersama ibu dan ibu saudaranya.

“Harap diberi kesihatan untuk mengerjakan haji di sana nanti dan moga mendapat haji yang mabrur,” katanya yang berasal dari Gedong, Simunjan.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Menteri Pelanco-ngan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengingatkan agar kese-mua jemaah haji menjaga kesihatan dan pemakanan serta mengikuti segala arahan daripada petugas Tabung Haji (TH) semasa menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Beliau memberitahu, ia penting bagi memastikan kelancaran perjalanan kesemua jemaah haji dari Sarawak sewaktu mengerjakan ibadah itu di sana.

“Sebaik sahaja tiba di tanah suci Mekah, jagalah kesihatan, pemakanan dan ikut segala arahan yang diberikan oleh petugas TH supaya kita tidak mengalami masalah semasa di sana,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen dan Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin.