Kejohanan Liga Futsal Meradong 27-29 Sept

0

BINTANGOR: Persatuan Bola Sepak Daerah Meradong akan menganjurkan Kejohanan Liga Futsal sempena Pesta Limau Daerah Meradong 2013 dari 27 hingga 29 September ini.

Johan bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM800, naib johan mendapat wang tunai bernilai RM500, pemenang tempat ketiga mendapat wang tunai RM300 dan pemenang tempat keempat pula mendapat wang tunai RM100.

Yuran pendaftaran ialah RM120 dan borang pendaftaran boleh didapati daripada Ahmad Udin menerusi talian 013-5605989 di alamat Gerai No.5 MDMJ Bintangor.

Tarikh tutup penyertaan ialah selewat-lewatnya 27 September, jam 5 petang dan cabutan undi serta taklimat pengurus pasukan akan diadakan di Kompleks Sukan MDMJ Bintangor.

Kejohanan pada 27 September bermula jam 7 petang, manakala perlawanan pada hari berikutnya bermula jam 8 pagi.