BINTANGOR: Sempena Regata Pesta Air Bintangor 2013, semua pengguna laluan trafik perairan Sungai Rajang diingatkan agar berhati-hati dan memperlahan bot-bot, kapal serta lain-lain kemudahan air iaitu kira-kira 500 meter dari hadapan perairan Pekan Bintangor, mulai Ahad ini.
Langkah itu harus diambil dari jam 6 pagi hingga 6 petang hari berkenaan, berikutan berlangsungnya sukan air di perairan berkenaan.
Sehubungan itu, semua juragan kapal dan bot dinasihatkan supaya memperlahankan kelajuan dan belayar dengan berhati-hati apabila menghampiri kawasan berkenaan.
Pada masa sama, masyarakat perkapalan dan orang ramai dinasihatkan agar memberi kerjasama dan mematuhi arahan yang diberikan oleh petugas-petugas Regata Pesta Air Bintangor dan pegawai Lembaga Sungai-sungai (LSS) untuk mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Justeru, pihak pengelola Regata Pesta Air Bintangor amat menghargai kerjasama semua pihak.