Sunday, July 21

Miri cemerlang, muncul juara Karnival Sukan Pelita Maslaut

0

MIRI: Pasukan Miri mempamerkan aksi cemerlang selepas muncul juara keseluruhan bagi acara tarik tali dan kawat pada Karnival Sukan Kali Ke-3 Pelita Maslaut Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya, Masni Amit berkata selain menang kedua-dua kategori itu, Miri dan Sabah turut berkongsi gelaran juara bagi pertandingan bola sepak.

Beliau memberitahu, pertandingan itu disertai kirakira 100 pelatih Pelita Maslaut dari Sibu, Kota Kinabalu dan Miri, sebagai tuan rumah. “

Pertandingan ini mendapat

sambutan yang menggalakkan apabila kira-kira 100 pelatih menyahut cabaran menyertai karnival ini.

“Pada tahun depan, kita merancang menganjurkan karnival sama di Kota Kinabalu, Sabah memandangkan sebelum ini hanya dianjurkan di Sibu dan Miri sahaja,” katanya semalam.

Menurutnya, permintaan untuk penganjuran karnival sukan di Sabah dicadangkan oleh Datin Donna Ontol dari Bahagian Unit Perancangan Negeri Sabah.

“Beliau melihat karnival ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak penganjurannya di Sibu dan Miri.

“Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar karnival sukan ini diadakan di luar Sarawak dan Sabah sebagai tuan rumah pada 2014,” katanya.

Pada masa sama, karnival itu juga dapat merapatkan hubungan di kalangan pelatih dan fasilatator selain menjadikan sukan sebagai aktiviti sihat.

Masni memberitahu, pihaknya menggalakkan pelatih menyertai bidang sukan kerana beranggapan mampu mematangkan mental dan fizikal mereka.

“Kita mengalu-alukan pelatih supaya bergiat aktif dalam sukan kerana bukan sahaja membentuk tubuh badan sihat, sebaliknya mengukuhkan semangat kerjasama dalam pasukan,” ujarnya.

Tambahnya, tanpa bersukan dan rekreasi, pelajar akan mudah hilang fokus dalam pelajaran namun ia boleh dielakkan jika pelajar berkecimpung sekurang-kurangnya satu bidang sukan.

“Memiliki tubuh badan yang cergas mampu melonjakkan kemampuan mereka mentelaah pelajaran seterusnya mengelak mereka mengantuk di dalam kelas,” katanyata.