S’wak yakin catat lebih 4.1 juta pelancong

0

KUCHING: Jumlah kemasukan pelancong di Sarawak dijangka meningkat lebih daripada 4.1 juta orang yang dicatatkan pada tahun lalu menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan peratusan jumlah kemasukan pelancong dari tempoh Januari hingga Jun tahun ini antara 12 dan 16 peratus berbanding tempoh yang sama, tahun lalu.

“Tahun lepas, kita meneri- S’wak yakin catat lebih 4.1 juta pelancong ma 4.1 juta pelancong dan hari ini saya nampak angka ini akan bertambah sebab pada bulan Januari hingga Jun tahun ini terdapat peningkatan 12 hingga 16 peratus berbanding angka yang kita dapat pada tahun lepas dalam tempoh yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa lawatan ke Karnival Jom Hebah di pekarangan Stadium Negeri, semalam. Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.

Abang Johari menjelaskan antara subsektor pelancongan yang menyumbang kepada peningkatan jumlah itu ialah kesihatan.

Beliau yang juga Menteri Perumahan berkata, kewujudan pusat pakar perubatan di bandar raya khususnya di Kuching banyak menyumbang ke arah peningkatan jumlah kemasukan pelancong ke negeri ini.

“Kita menerima ramai pelancong atau pelawat dari negara jiran seperti Kalimantan Barat dan Jakarta, Indonesia di mana mereka datang untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar di sini yang menawarkan kos rawatan yang lebih murah,” katanya.

Menurutnya lagi, penganjuran persidangan dan mesyuarat di peringkat ASEAN juga antara penyumbang kepada peningkatan jumlah itu.

“Malah pada tahun hadapan, kita akan menjadi tuan rumah kepada Forum Pelancongan ASEAN yang disertai sepuluh negara ASEAN yang akan berkampung di Kuching selama seminggu.