Tuanku Muhriz gembira dengan pencapaian ekonomi Negeri Sembilan

0

TITAH UCAPAN: Tuanku Muhriz berkenan menerima teks titah ucapan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pada Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan yang ke-13 di Seremban semalam. Turut berangkat ialah Tuanku Aishah Rohani. — Gambar Bernama

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melahirkan rasa sukacita dengan momentum pertumbuhan ekonomi ne-geri yang semakin baik saban tahun.

Baginda bertitah di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Negeri Sembilan berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak lima peratus tahun lepas walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Pencapain itu sekaligus mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini di mana beta di-fahamkan bahawa penyertaan tenaga buruh pada tahun 2012 berada pada kadar 63 peratus.

“Kadar pengangguran pula semakin baik iaitu 3.0 peratus sahaja pada tahun lalu berbanding 3.2 peratus pada tahun 2010. Secara perban-dingan pencapaian ini lebih baik daripada sebahagian negara-negara maju,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan Persidangan Kedua, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri yang ke-13, di sini semalam.

Tuanku Muhriz turut me-lahirkan rasa sukacita dengan prestasi kewangan negeri yang mengutamakan pengurusan berhemah sehingga berjaya meningkatkan hasil setiap tahun dan meningkatkan rizab Kumpulan Wang Disatukan kepada RM347.47 juta se-hingga Disember lalu.

Baginda turut berbangga apabila Negeri Sembilan merupakan antara dua negeri yang membuat pembayaran balik hutang secara tunai kepada kerajaan persekutuan.

Tuanku Muhriz bertitah kecekapan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam memberikan kemudahan telah menarik minat pelabur-pelabur asing untuk membuat pelaburan di negeri ini.

“Pada tahun 2011 dan 2012, jumlah pelaburan yang diluluskan jauh melepasi sasaran dan semua pelaburan ini mewujudkan lebih 10,000 peluang sekali gus meletakkan Negeri Sembilan di landasan yang betul untuk mencapai status negeri maju menjelang 2020,” titah baginda.

Menyentuh mengenai sektor perumahan, Tuanku Muhriz menyeru pemaju-pemaju perumahan untuk tidak melupakan tanggungjawab sosial mereka dengan membina lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti agar dapat dibeli oleh rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

Terdahulu, baginda turut menyeru semua Anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih pada pilihan raya umum lepas agar memelihara pekerti dan tutur kata supaya tidak menghiris perasaan rakyat yang telah memberikan mandat.

“Mengekalkan keharmoni-an dan perpaduan dalam negara yang mempunyai pelbagai agama dan adat budaya adalah satu tugas yang mencabar. Perpaduan perlu dijadikan tonggak utama dalam menjayakan agenda pembangunan negeri,” titah baginda.

Turut berangkat ke istiadat pembukaan itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Turut hadir Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin, Anggota Dewan dan ketua-ketua jabatan. — Bernama