Kes keganasan rumah tangga dilapor semakin meningkat

0

KUALA LUMPUR: Kes keganasan rumah tangga yang dilapor di Malaysia semakin meningkat sejak 2010 susulan peningkatan kesedaran orang ramai bahawa perkara itu satu kesalahan menurut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata pada 2010 sebanyak 3,173 kes dilapor kepada polis membabitkan 2,522 mangsa wanita dan 650 lelaki.

“Pada 2011, sebanyak 3,277 kes dilaporkan iaitu peningkatan 0.03 peratus daripada tahun sebelumnya dengan 2,462 mangsa ialah wanita sementara 815 merupakan mangsa lelaki.

“Tahun 2012 pula mencatat peningkatan 0.06 peratus dengan jumlah mangsa wanita 2,558 orang dan lelaki sebanyak 930,” katanya selepas melancarkan Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2013 di Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan di sini semalam.

Menurutnya keganasan yang dilapor membabitkan pasangan suami isteri dan anggota keluarga lain. — Bernama