Dennis, Henry tak jadi bertanding

0

PEMUDA BERSATU: Dennis bersama Setiausaha Pemuda PBB Rentap Jabu (kiri), Henry (dua kanan) dan Richard (kanan).

Keputusan tarik diri diambil selepas menerima nasihat pimpinan parti

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau semalam mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PBB bersama seorang lagi calon Henry Kilah Talek (Ketua Pemuda PBB Belaga) meng-ambil keputusan itu selepas dinasihatkan pucuk pimpinan parti.

Justeru, jawatan bagi Naib Ketua Pemuda PBB kuota bagi Bidayuh dan Orang Ulu dimenangi tanpa bertanding oleh Stanley Sila yang juga Ketua Pemuda PBB Tarat.

Dennis berkata, beliau juga menarik diri bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PBB slot Orang Ulu.

Katanya, keputusan itu adalah untuk memberi laluan kepada Richard Silo yang merupakan Ketua Pemuda PBB Ba’ Kelalan.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil bagi me-ngekal dan mengukuhkan perpaduan dalam parti ter-utama di kalangan Orang Ulu yang menjadi ahli Pemuda PBB.

Saya melihat ini sebagai usaha mengukuhkan parti. Kita telah berbincang baik-baik dan kita capai keputusan ini kerana kepentingan parti sentiasa diutamakan,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB semalam.

Mengenai niat untuk ber-tanding pada mulanya, beliau berkata beliau berhasrat berkhidmat kepada rakyat menerusi parti selain sebagai wakil rakyat di kawasannya.

Kita tunggu masa sedikit lagi, kita percaya pucuk pim-pinan mempunyai peranca-ngan terbaik,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PBB Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar pada sidang media berasingan turut mengesahkan menerima pemberitahuan tindakan Dennis menarik diri bertan-ding bagi dua jawatan itu.

Pemilihan Pemuda PBB akan diadakan pada 18 Oktober.

Perhimpunan Agung PBB kali ini menyaksikan Datuk Fadillah Yusof kekal sebagai ketua pergerakan itu, manakala Rentap Jabu sebagai timbalannya selepas menang tanpa bertanding.

Keputusan Dennis itu turut menyaksikan pertandingan hanya bagi merebut jawatan Naib Ketua Pemuda bagi sayap Bumiputera.

Empat akan bertanding terdiri daripada Ripin Lamat, Hilmi Morsili, Abdul Aziz Adenan dan Haidel Heli.

Jawatan Naib Ketua Pemuda bagi sayap Pesaka kuota Iban menyaksikan Bell Bernard Aggan menang tanpa bertanding.

Oleh Saibi Gi

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau semalam mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PBB bersama seorang lagi calon Henry Kilah Talek (Ketua Pemuda PBB Belaga) meng-ambil keputusan itu selepas dinasihatkan pucuk pimpinan parti.
Justeru, jawatan bagi Naib Ketua Pemuda PBB kuota bagi Bidayuh dan Orang Ulu dimenangi tanpa bertanding oleh Stanley Sila yang juga Ketua Pemuda PBB Tarat.
Dennis berkata, beliau juga menarik diri bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PBB slot Orang Ulu.
Katanya, keputusan itu adalah untuk memberi laluan kepada Richard Silo yang merupakan Ketua Pemuda PBB Ba’ Kelalan.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil bagi me-ngekal dan mengukuhkan perpaduan dalam parti ter-utama di kalangan Orang Ulu yang menjadi ahli Pemuda PBB.
“Saya melihat ini sebagai usaha mengukuhkan parti. Kita telah berbincang baik-baik dan kita capai keputusan ini kerana kepentingan parti sentiasa diutamakan,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB semalam.
Mengenai niat untuk ber-tanding pada mulanya, beliau berkata beliau berhasrat berkhidmat kepada rakyat menerusi parti selain sebagai wakil rakyat di kawasannya.
“Kita tunggu masa sedikit lagi, kita percaya pucuk pim-pinan mempunyai peranca-ngan terbaik,” ujarnya.