TYT dan isteri adakan lawatan empat hari ke Bandung

0

TERIMA TAKLIMAT: Tun Salahuddin (tiga kanan) dan Toh Puan Norkiah (dua kiri) serta rombongan didedahkan dengan peralatan permainan angklung, di Pusat Angklung Saung Udjo, di Bandung. — Gambar Astana

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Puan Datuk Patinggi Norkiah mengadakan lawatan selama empat hari ke Bandung dan Kota Jakarta, Indonesia berakhir Isnin lepas.

Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah di-iringi oleh Menteri Muda (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Majais dan Datin Mazenah.

Rombongan tersebut mengadakan lawatan ke Pusat Permainan Angklung di Saung Angklung Udjo dan berpeluang menyaksikan pertunjukan permainan angklung yang dipersembahkan oleh para pelajar pusat berkenaan.

Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah, rombo-ngan dan pelancong asing lain juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba kebolehan masing-masing dalam permainan tersebut.

Dalam lawatan itu, Tun Salahudin dan Toh Puan Norkiah sempat meluangkan masa untuk singgah ke gerai jualan buah-buahan yang didirikan di sepanjang perjalanan antara Kota Bandung.