Monday, May 27

20 kanak-kanak sertai latihan bermain tenis

0

BINTULU: Hampir 20 orang kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah menunjukkan minat dengan menyertai latihan bermain tenis di Gelanggang Tenis Kelab Kidurong Bintulu (KKB) anjuran Persatuan Lawn Tenis Bahagian Bintulu (BDLTA) semalam.

Ketua Jurulatih BDLTA, Liong Woei Hua berkata, latihan permainan tenis itu adalah untuk kanak-kanak yang baharu berkecimpung dalam sukan tenis.

“Keutamaan kami adalah untuk mempromosi sukan tenis kepada masyarakat setempat,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, peserta yang menyertai latihan itu adalah dari Miri, Sibu dan Bintulu sendiri yang memperlihat potensi masing-masing dalam sukan itu.

Katanya, usaha untuk menerap minat dan mempromosikan sukan tenis itu akan diteruskan dari semasa semasa.