ABF Blue, PP (BiFA) muncul johan futsal KPS Bintulu

0

UNGGUL: ABF Blue muncul juara kejohanan futsal peringkat Bahagian Bintulu.

BINTULU: ABF Blue dinobatkan juara setelah menundukkan Hent am Cromo dengan 2-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Futsal Peringkat Bahagian Bintulu di padang futsal Stadium Muhibah Bintulu, malam Ahad lepas.

ABF Blue mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan itu meskipun mendapat tentangan hebat daripada Hentam Cromo.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan GLI Melenium menang tipis ke atas PDRM dengan jaringan 1-0.

Dalam pada itu, kategori wanita menyaksikan PP (BiFA) muncul juara setelah menewaskan One Strike dengan 2-0.

Dua jaringan PP (BiFA) diperolehi menerusi Nur Rahmah Johari dan Eleanor Usuh Uben.

Dengan itu, One Strike muncul naib juara diikuti tempat ketiga dan keempat pula masing- masingnya disandang oleh Candy Crash dan D’Bionic.

Hadiah berupa wang tunai, piala dan pingat disampaikan oleh Pengawai Penguasa Kementer ian Pembangunan Sosial (KPS) Bintulu, Jacqueline Richard Lee.

Kejohanan anjuran KPS Bintulu itu disertai 33 pasukan lelaki dan enam pasukan wanita berlangsung sejak 18 Oktober lalu hingga malam kelmarin.

Sementara itu, pasukan lelaki dan wanita iaitu ABF Blue, Hentam Cromo, PP (BiFA) dan One Strike yang muncul juara dan naib juara kejohanan itu akan mewakili Bahagian Bintulu pada Kejohanan Futsal Piala KPS Peringkat Negeri Sarawak pada 26 hingga 27 Oktober ini di Stadium Muhibah Bintulu.