Tuesday, September 17
September 16

SJK St Martin, SJK Kwang Chien ungguli bola tampar Sarikei

0

KAMI JUARA: Pasukan lelaki SJK St Martin muncul johan kejohanan bola tampar kategori lelaki daerah Sarikei.

JOHAN WANITA: Pasukan SJK Kwang menjuarai kategori wanita.

SARIKEI: Pasukan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) St Martin menunjukkan kehebatan mereka apabila muncul johan kejohanan bola tampar daerah Sarikei kategori lelaki di sini kelmarin.

Bagi kategori wanita, pasukan SJK Kwang Chien muncul juara manakala SJK St Martin berada di tempat kedua dan ketiga SK St Anne.

Untuk tempat kedua bagi kategori lelaki milik pasukan SJK Kwang Chien dan ketiga SJK Su Lok.

Sebanyak lima pasukan menyertai kategori lelaki, manakala tiga buah sekolah menghantar pasukan bagi kategori wanita.

Pemenang menerima hadiah berupa piala dan pingat.

Kejohanan tiga hari berakhir kelmarin dilangsungkan secara liga.