Demi bola sepak Sarawak

0

Penyokong pengsan akibat  berasak-asak kelaparan ketika beli tiket Piala Malaysia

PENGSAN: Seorang penyokong diusung selepas pengsan ketika membeli tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang di Stadium Negeri, semalam. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Lapan penyokong Sarawak pengsan garagara berasak-asakan dan berebut ketika hendak membeli tiket perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang di Stadium Negeri, semalam.

Ada yang sanggup datang sebelum jam 6 pagi, berbaris panjang dan menempuh kesesakan jalan menuju ke stadium, meskipun kaunter jualan tiket hanya dibuka pada jam 10 pagi.

Mereka antara kira-kira 15,000 penyokong yang sanggup menanti dalam keadaan DIPERKASA• Muka 20 lapar dan penat demi mendapatkan tiket.

Keadaan itu memaksa mereka beratur sejauh lebih satu kilometer sehingga menyebabkan lalu lintas di hadapan stadium menjadi sesak.

Suasana bertambah kecoh apabila limpahan penyokong mula berasak-asak sejurus tiga kaunter jualan tiket dibuka, malah ada yang kelihatan menggadai nyawa apabila memanjat dinding stadium.

Anggota polis dengan bantuan petugas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.

Sebanyak 10,000 keping tiket dijual dalam tempoh tiga jam semalam, manakala baki 10,000 keping lagi dijual hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa yang pengsan, Roy, 31, berkata musibah itu tidak akan melunturkan semangatnya untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Saya tidak akan berputus asa dan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan tiket esok (hari ini).

“Saya tidak pernah terlepas menyaksikan perlawanan Sarawak sepanjang musim ini, apatah lagi ketika ini mereka berada di pentas separuh akhir,” katanya ditemui di pekarangan stadium.

Seorang lagi penyokong, Bayang Ali sanggup berbelanja kira-kira RM300 untuk tambang berulang-alik dari Brunei menggunakan bas, sematamata mahu memberi sokongan kepada Sarawak.

“Walaupun saya bekerja di Brunei, saya dan suami tidak pernah terlepas menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Sarawak,” jelas Bayang, 61.

“Saya tidak kisah berbelanja sebanyak RM300 setiap kali mereka bermain di sini.

Bagi saya sokongan moral lebih berharga daripada wang ringgit,” katanya.

Tiket perlawanan suku akhir sebelum ini dijual dalam keadaan agak kecoh di kedai peralatan sukan di Wisma Hopoh dan Plaza Tol Jambatan Tun Salahuddin.

Disebabkan kesesakan di lokasi-lokasi sebelum ini, FAS mengambil keputusan untuk menjual tiket di Stadium Negeri bagi mengurangkan kesesakan.

Sarawak perlu menang sekurang- kurangnya 2-0 di Kuching pada Sabtu ini untuk melayakkan diri ke final Piala Malaysia.

Mereka tewas 1-3 pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur pada Sabtu lalu.