46 peniaga diambil tindakan oleh KPDNKK

0

BINTULU: Seramai 46 pe­niaga daripada 1,133 premis perniagaan diperiksa di sini, kawasan Sungai Asap dan pekan Belaga diam­bil tindakan atas pelbagai kesalahan perniagaan oleh Kementerian Dalam Neg­eri, Koperasi dan Kepeng­gunaan (KPDNKK).

Ketua Pegawai Pen­guatkuasa KPDNKK Ba­hagian Bintulu, Mohamad Drahman berkata kes tert­inggi diambil tindakan ialah di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 sebanyak 30 kes.

“Diikuti kesalahan di bawah Akta Perihal Da­gangan 2011 sebanyak 10 kes dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sebanyak enam kes,” katanya sambil menam­bah sebahagian peniaga dikompaun dengan jumlah kutipan RM4,500.

Katanya, dalam operasi itu turut disita daripada peniaga ialah alat timbang neraca spring, alat sukat linar, barang berupa video cakera padat (vcd), kasut, pakaian, topi dan beg.

“Kesalahan di bawah penandaan harga dilakukan oleh peniaga kebanyakan­nya dikompaun terus oleh pihak kami di tempat ke­jadian dengan jumlah antara RM100 hingga RM200 mengikut jenis pernia­gaan,” katanya.

Jelasnya, operasi bersama melibatkan 28 pegawai pen­guat kuasa seluruh Sarawak termasuk Bintulu bermula 21 Oktober hingga kelmarin (24 Oktober) di bandar dan luar bandar Bintulu, Tatau, Sebauh termasuk Sungai Asap dan Belaga.

Dalam pada itu, KP­DNKK mendapati masih ada peniaga gagal mem­pamerkan tanda harga pada barang yang mereka jual terutamanya sayur-sayuran dan ikan.

“Ada peniaga lalai tidak memperbaharui penen­tusahan semula alat tim­bang dan sukat yang sepa­tutnya diperbaharui genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang itu tepat,” katanya.

Katanya, peniaga yang tidak tahu mengenai perka­ra memperbaharui alat itu dengan Metrology Corpo­ration Malaysia (MCM) sepatutnya bertanya kepada KPDNKK supaya mereka tidak melakukan kesalahan berulang.

“Justeru, kita menggesa semua terlibat dalam per­niagaan agar mematuhi un­dang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan supaya mereka tidak dikenakan tin­dakan,” katanya.

Selain itu, orang ramai turut digesa menyalurkan aduan kepada pejabat KPDNKK sekiranya ada peniaga yang tidak mema­tuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

Orang ramai boleh menge­mukakan aduan ke e-mel: [email protected] atau menghubungi talian 03-8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan me­naip KPDNKK ADUAN <butiran aduan> atau pun lapor dan hadir ke pejabat KPDNKK Bintulu dengan menghubungi talian 086-332176.