Limbang bukti keunggulan

0

LIMBANG: Daerah Limbang mendominasi Pertandingan Badminton Bahagian Limbang tahun ini apabila hampir mengungguli kesemua kategori pertandingan yang dianjurkan selama dua hari di Dewan Polis Limbang Ahad lepas.

Setiausaha Persatuan Badminton Bahagian Limbang Arni Kassim berkata, pertandingan anjuran Persatuan Badminton Bahagian Limbang itu turut menampilkan kategori Perseorangan Lelaki Terbuka, Bergu Lelaki terbuka, Perseorangan Lelaki Junior, Bergu Lelaki Junior, Bergu Wanita, Bergu Campuran dan Bergu Veteran.

Sementara itu, Razik Sarbini (Limbang) muncul juara bagi Perseorangan Lelaki Terbuka, manakala Wong Tze Rong (Lawas) mendapat naib johan dan ketiga bersama dimenangi Choo Kwang Chang dan Dolgani (Lawas).

Bagi Bergu Lelaki Terbuka, Razik dan Zamri (Limbang) menggungguli tempat pertama, diikuti Wong Tze Rong dan Zulhelmi (Lawas) mendapat naib johan dan ketiga bersama dimenangi Taufik/Aris (Limbang) dan Fauzi/Sahdi (Limbang).

Pemenang bagi Perseorangan Lelaki Junior, dimenangi Victor Ling (Limbang) (Johan), Nazrin (Lawas) ditempat kedua dan ketiga bersama Ting Kah Hong dan Donny (Limbang).

Bagi Bergu Lelaki Junior, Nazrin dan Zulhelmi (Lawas) mendapat johan, diikuti naib johan, Sham dan Ahim (Limbang) serta ketiga bersama : Harizz /Alek & Adlie/Ardi (Limbang) Bergu Wanita pula dimenangi oleh Masni/Rampai (Limbang), Sabit/Jenny (Lawas) ditempat kedua dan ketiga bersama dimenangi Norlinda/ Nancy dan Asmah/Haliah (Limbang).

Sementara itu Asmah/Alik (Limbang) menggungguli kategori bagi Bergu Campuran, manakala tempat kedua dimenangi Amizan/Masni (Limbang) dan ketiga bersama dimenangi Wong Hung Wei/ Ting Siew Ling dan Rampai/ Asmat,” katanya.

Bagi Bergu Veteran pula Karim/ Haris (Limbang) muncul juara, diikuti Sham/Wong G.

Siong (Limbang) di tempat kedua dan Asmat/Hamran di tangga ketiga bersama.

Hadiah berupa raket dan medal disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail selaku Pengerusi Persatuan Badminton Bahagian Limbang.

Menurut Arni, tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan badminton dan menjadikan sukan sebagai budaya hidup sihat selain mengisi kalendar aktiviti Persatuan Badminton Bahagian Limbang yang telah dirancang pada tahun ini