Saturday, May 8

Maxwell kibar cabaran skuad kriket Malaysia

0

 KUCHING: Pemain kriket Sarawak, Maxwell Stephen Bala telah dipilih untuk mewakili Malaysia pada Kejohanan Kriket Piala Saudara yang akan ber­langsung pada 22 hingga 24 November ini di Kinrara Oval.

Ini bukan kali pertama pemain berusia 25 tahun itu dipanggil menyertai Malaysia.

Pada usia 12 tahun, Max­well mula mewakili Malay­sia pada Kejohanan Majlis Kriket Asia (ACC) Bawah 12 tahun yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2000.

Beliau turut meng­harumkan nama Sarawak apabila dipanggil mem­perkuat skuad negara pada Kelayakan Piala Dunia Bawah 19 tahun di Pakistan pada 2003.

Malaysia berjaya men­duduki tempat kedua secara keseluruhan pada saingan tersebut.

Pada 2006, Maxwell sekali lagi membantu ne­gara menduduki tempat kedua secara keseluruhan pada Kelayakan Piala Dunia Bawah 19 tahun yang diad­akan di Nepal.

Produk Persatuan Kriket Sarawak (SCA) itu mula bermain kriket sejak beru­mur 12 tahun di bawah kendalian jurulatih, Francis Vathilingam.

Menyedari minat men­dalam dalam sukan terse­but, Maxwell meneruskan latihan di bawah kendalian jurulatih ternama Robert Chung sebelum menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada 1999 pada usia 13 tahun.

Corak permainan Max­well banyak dipengaruhi pemain kriket lagenda Ricky Ponting dan beliau menganggap pemain itu sangat istimewa dan ber­bakat.

Setakat ini, markah tert­inggi yang pernah direkod oleh Maxwell adalah 99 larian yang dicatatnya pada Liga Cabaran MCA baru-baru ini.

Beliau berlepas ke Kuala Lumpur semalam dan akan menjalani latihan berpusat bersama rakan-rakan se­pasukan di Kinrara Oval di ibu negara.

Sementara itu, jurulatih skuad kriket Sarawak Chew Pok Cheong berkata pen­capaian Maxwell sangat membanggakan SCA dan berharap beliau akan terus mengharumkan nama neg­eri dan negara di pentas antarabangsa.

Pada masa sama, Cheong juga mengharapkan lebih ramai pemain remaja neg­eri akan mengikut jejak langkah Maxwell mewakili negara pada masa akan da­tang.