Sunday, May 16

Pelumba handalan negara bakal berentap di Bintulu

0

 

BINTULU: Beberapa pe­lumba handalan negara bakal bersaing pada kejohanan Bor­neo Mountain Bike Challenge bermula hari ini (1 Novem­ber) hingga 3 November ini di Taman Tumbina Bintulu termasuk cabaran acara kri­terium.

Beberapa kelab berbasikal ternama negeri ini menge­sahkan untuk menyertai ke­johanan itu terdiri daripada Saxon Extreme Multisport Club, Corbuster Cycling Team, Sunamo Cycling Team, Xtreme Viking dan MasWings dari Bahagian Kuching dan Masterpiece (Miri) termasuk Tanjung Batu Cycling Club dan Kelab Berbasikan Jepak (KBJ).

Jurucakap acara kriterium, Awang Abdul Hakim Awang Mahmud berkata pengan­juran Kriterium pertama kali dibuat secara besar-besaran di Bintulu setelah percuban pertama berjaya diadakan di ADTEC Bintulu pada April lalu.

“Objektif Cabaran Kri­terium Bintulu adalah un­tuk mendedahkan pelumba basikal tempatan dengan pertandingan mencabar fizikal dan mental di samping men­cari pengalaman bersaing den­gan para pelumba kebangsaan dan pelumba dari Bahagian Kuching dan Miri yang lebih berpengalaman,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, sukan yang mula mendapat perhatian di sini iaitu Cabaran Kriterium Bintulu Siri 2 itu dijangka me­narik minat lebih ramai belia ke sini dan negeri ini.

“Kami berharap pertand­ingan seperti ini dapat diter­uskan pada masa hadapan bagi mencari pelumba basikal berpotensi untuk diketen­gahkan pada pertandingan lebih besar,” jelasnya.

Sementara itu, pengerusi pertandingan MTB, Moha­mad Zaifulfadillah Junaidi berkata ada sedikit peruba­han dengan trek perlumbaan di Taman Tumbina untuk cabaran Mountain Bike dan perubahan itu dilihat menam­bah cabaran kepada pelumba-pelumba.

Dalam pada itu, antara acara kriterium yang diad­akan ialah Road Bike Vet­eran (40 tahun ke atas), Road Bike Super (lelaki terbuka), Road Bike Junior (21 tahun ke bawah),Road Bike Queen (wanita terbuka), MTB Vet­eran (40 tahun ke atas), MTB Monster (lelaki) dan Fixie Warrior (terbuka).

Manakala acara bagi MTB di Taman Tumbina pada 2 dan 3 November ialah XC Monster (lelaki terbuka), XC Mon­ster (tertutup Sarawak), XC Monster (tertutup Bintulu), XC Veteran (40 tahun ke atas) dan XC Junior (21 tahun ke bawah), diiikuti XC Queen (wanita terbuka) dan Team Event (terbuka).

Kejohanan tiga hari anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Residen Bintulu dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Sarawak dan KBJ itu diadakan di dua venue berlainan iaitu acara kriterium di Jalan Tun Razak berhadapan Pejabat Residen Bintulu pada jam 2 petang ini dan esok.

Manakala acara `mountain bike’ bermula jam 2.30 petang di Taman Tumbina Bintulu pada 2 dan 3 November.

Justeru, penyertaan dialu-alukan untuk peminat su­kan basikal yang berada di seluruh negeri dan Bahagian Bintulu.

Untuk mendapat borang penyertaan dan pertanyaan boleh hubungi Bohari di tal­ian 019-4843836 dan Azman (017-8522639).

Tarikh tutup penyertaan ialah hari ini (1 November).