Monday, October 21

PIBG SK Datuk Pengiran Mohamad juara futsal

0

MUKAH: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Datuk Pengiran Mohamad muncul juara pada kejohanan futsal tertutup PIBG Daerah Dalat Edisi Ketiga anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Dalat dengan kerjasama Kelab Futsal Daerah Dalat (KFDD).

Tempat kedua dimenangi pasukan MEDIC Club, tempat ketiga pasukan PIBG SK Kam­pung Bungan dan keempat PIBG SMK Agama Igan.

Kejohanan berlangsung di Stadium Perpaduan Dalat disertai 20 buah pasukan iaitu 18 daripadanya mewakili PIBG sekolah masing-masing dan dua buah pasukan lagi adalah jemputan iaitu pasukan MEDIC Club dan FABER kedua-duanya dari Hospital Dalat.

Menurut Pengerusi KFDD, Daniel Francis Klumai kejo­hanan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silatu­rahim kalangan guru, kakitan­gan sekolah dengan ibu bapa pelajar dan ahli-ahli PIBG di daerah Dalat.

“Melalui aktiviti perpaduan akan mampu dicapai selain untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat di kalangan tenaga pengajar dan ibu bapa.

“Ini juga merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PPD untuk ahli-ahli PIBG yang berada di sekitar kawasan Dalat,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Penganjur mer­angkap Ketua Unit Kokuriku­lum PPD Dalat, Nicholas Gamul.