Mcity Suite mengungguli kejohanan badminton antara hotel

0

PEMENANG: Dennis (sembilan barisan kedua kanan) bersama peserta kejohanan badminton di Beach Republic Miri semalam.

MIRI: Mcity Suite menjuarai kejohanan badminton antara hotel-hotel yang diadakan di kelab riadah, Beach Republic di Luak di sini semalam.

Kejohanan disertai oleh tujuh hotel di sini bermula 23, 24 dan 25 Oktober, diteruskan pada 30 dan 31 Oktober.

Pertandingan diadakan secara bergu lelaki dan bergu campuran.

Aktiviti kali kedua ini dianjurkan oleh Eastwood Valley Golf and Country Club yang juga merupakan bekas juara kejohanan ini.

Eastwood mendapat tempat kedua sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh Miri Marriott Resort and Spa dan hotel Parkcity Everly. Juara menerima trofi daripada penganjur.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau.

Kejohanan tahun depan akan dianjurkan oleh Mcity Suite.