RM1 untuk setiap kilogram minyak masak terpakai

0

Kerajaan Melaka rancakkan projek pemprosesan biodiesel

MELAKA: Kerajaan Me-laka menerusi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menawarkan RM1 untuk setiap kilo minyak masak terpakai dalam usaha merancakkan lagi projek pemprosesan biodiesel di negeri itu.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata orang ramai boleh menjual minyak masak terpakai kepada PTHM di 28 pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Melaka (JAPERUN) dalam tempoh dua minggu lagi.

“Ramai penduduk mahupun peniaga di negeri ini masih belum mengetahui kelebihan menjual minyak masak terpakai dan keba-nyakan mereka membuang bahan itu ke dalam longkang rumah mereka begitu sahaja.

“Ini menyebabkan pencemaran alam sekitar dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Menurutnya pada masa ini secara purata PTHM hanya dapat mengumpulkan sekitar tiga tan minyak sebulan berbanding kapasitinya memproses 50 tan sehari.

Beliau turut meminta PTHM dan pihak berkuasa tempatan di negeri itu meng-adakan lebih banyak program kesedaran mengenai cara mengitar semula minyak masak terpakai yang betul kepada orang ramai.

“Program mengenai pemprosesan minyak terpakai ini perlu diadakan secara menyeluruh dengan memberi penerangan kepada orang ramai bagaimana minyak terpakai ini boleh diguna untuk dijadikan biodiesel,” katanya.

Sementara itu PTHM melalui kenyataannya berkata selain menghantar sendiri minyak terbabit ke pejabat Japerun, orang ramai boleh mendaftar dalam talian di laman sesawang PTHM iaitu www.melakagreentech.gov.my/biodiesel.

“PTHM akan membekal-kan tong minyak masak plastik untuk kutipan minyak masak itu dan peserta boleh menyimpan sisa minyak masak mereka sehingga penuh, kemudian PTHM akan mengutip tong itu ke depoh simpanan sebelum diproses menjadi biodiesel,” kata kenyataan itu.

Penggunaan bahan api bio-diesel boleh mengurangkan ‘carbon footprint’ dunia dan diiktiraf sebagai alternatif yang baik untuk diesel daripada bahan api fosil. — Bernama