Monday, August 26

Shahrin menakluki cabaran MTB

0

UNGGUL: Shahrin (tengah), Mohd Zulhafiz (tiga kanan) dan Mohd Nurjumri (tiga kiri) muncul juara, naib juara dan tempat ketiga XC Monster lelaki terbuka merentas desa Cabaran Basikal Bukit Borneo di Bintulu semalam.

Pelumba itu juarai perlumbaan XC Monster merentas desa di Taman Tumbina Bintulu

BINTULU: Pelumba kebangsaan, Shahrin Amir membuktikan keunggulannya sebagai pelumba handalan cabaran basikal bukit apabila menjuarai perlumbaan XC Monster (lelaki terbuka) merentas desa pada Kejohanan Cabaran Basikal Bukit Borneo (MTB) di Trek Taman Tumbina, di sini semalam.

Shahrin dari Kelab SBS Giant Kuala Lumpur mendahului pelumba lain dengan catatan masa dua jam satu minit 17 saat dalam perlumbaan 12 pusingan dengan setiap satu pusingan trek yang mencabar sejauh 3.5 kilometer.

Mengekori rapat di belakangnya muncul naib juara ialah Mohd Zulhafiz (Cyclemotion) diikuti tempat ketiga Mohd Norjumri Johari (Chiru Brunei) dari Brunei Darussalam.

Tempat keempat hingga ke-10 pula ialah Gary Tay Yuan Swee(Corbusier Cyling Team atau CCT), Laurel Luridsen (CCT), Supian Nor(CCT), Eddie Amin Shariman (Tanjung Batu Cycling Club atau TCC), Sylvester Ding (CCT), Mohd Azhar Bujang (Sonamu Cycling Team) dan Luqman Affendy (Kelab Berbasikal Jepak atau KBJ).

Sementara juara kategori merentas desa XC Monster Sarawak Tertutup disandang oleh Gary Tay dari CCT.

Mengekori di belakang yang muncul naib juara dari kelompok pasukan yang sama CCT pula ialah Supian Nor, manakala tempat ketiga Eddie Aiman.

Tempat keempat dan kelima masing-masingnya dimenangi Sylvester Ding (CCT) dan Mohd Azhari Bujang (Sonamu Cycling Team).

Juara perlumbaan kategori XC veteran (40 tahun ke atas) dimiliki Supian Nor (CCT), naib juara Ezamshah Abd Rahman (Adventure Seeker), ketiga Mohd Zaidi Bujang (TCC), keempat Suhardi Hamdan (Eye Borneo Cycling Club), kelima Awang Azman Awang Lai (TCC) dan keenam Hassim Amui (Saxon Extreme Multisport Club).

Diikuti johan kategori XC Monster (Tertutup Bintulu) Abdul Alim Alimin (TCC), naib juara Mohd Hamka Alimin (KBJ), ketiga Shukri Poli dan keempat serta kelima masing-masingnya dimenangi Lee Yii Ming dan Mohd Zaidi Bujang (TCC).

Kategori XC Junior (21 tahun ke bawah) menyaksikan Gary Tay Yuan Swee mencatat masa terpantas 1:07.9s bagi menjuarai kategori itu.

Beliau menghadapi saingan hebat pelumba dari pasukan KBJ, Mohd Adham Mohd Arif yang mencatat masa 1:07.17s sekali gus muncul naib juara.

Diikuti tempat ketiga pelumba Saxon Extreme Multisport Club, Hanif Kamaludin dengan catatan masa 1:10.20s.

Manakala tempat keempat dan kelima ialah Laurel L. Adrian (1:12.19s) dari CCT dan Addy Ammin (1:1328s) dari TCC.

Tempat keenam hingga ke-10 terdiri daripada Loquman Apandi, Mohd Fordaus Norman, Awang Addin Awang Suffian, Alexi Disi dan Abd Harith Azinuddin.

Juara kategori XC Queen (wanita terbuka) pula dimenangi Lizawati Sedi dan naib juara, Nur Athirah Marzuki.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu Zaiedy Nor Abu Nasir, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datu Mohidin Ishak dan Pengerusi kejohanan merangkap Timbalan Residen Bintulu, Richard Michael Abunawas.

Turut hadir Penolong Setiausaha Bahagian BDA merangkap timbalan pengerusi kejohanan, Latif Upit.

Kejohanan tersebut anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Residen Bintulu dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Sarawak dan KBJ.