Solid Gym anjur pertandingan Bench Press

0

SERTAI KAMI: Lau (berdiri empat kanan) dan Lee (lima kiri) bersama ahli-ahli Solid Gym di Sibu.

SIBU: Solid Gym menganjurkan Pertandingan Bench Press 2013 pada 8 Disember depan jam 2 petang di gimnya, Jalan Tapang Timur 1, Sibu.

Pemilik Solid Gym, Lau Kah Yii berkata pertandingan itu adalah kali pertama diadakan di Sibu.

Pertandingan tersebut adalah angkat berat sambil berbaring.

“Ini adalah satu acara yang menarik dan kami akan menjadikan acara ini sebagai tahunan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pertandingan itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori 70 kilogram (kg) ke bawah, kategori 70kg hingga 80kg, kategori 80kg ke atas dan kategori terbuka.

Katanya, ketiga-tiga kategori teratas adalah hanya terbuka untuk ahli-ahli Solid Gym sahaja manakala kategori terbuka adalah kepada orang ramai.

Yuran pendaftaran sebanyak RM5 dan mereka berminat boleh mendapatkan borang daripada pengerusi penganjur, Allen Lee di Solid Gym selepas jam 6 petang setiap hari.

“Kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang berminat. Penyertaan boleh dibuat bermula esok (hari ini) hingga hari pertandingan,” katanya.