Gadis lapor polis diugut melalui SMS

0

Suspek minta nombor telefon semasa dia bekerja di sebuah kedai beberapa bulan lalu

SIBU: Seorang gadis berusia 16 tahun membuat laporan polis selepas dia menerima ugutan melalui SMS daripada seorang rakan perempuan berusia 14 tahun.

Pengadu memberitahu bahawa suspek tersebut meminta nombor telefon bimbitnya semasa dia bekerja di sebuah kedai di lorong belakang Jalan Tanah Mas di sini beberapa bulan lalu.

“Selepas mendapatkan nombor telefon bimbit saya, dia menghantar beberapa pesanan ringkas menyatakan bahawa dia memberikan nombor telefon bimbit saya kepada ramai lelaki untuk mengganggu saya,” katanya.

Sejak itu, gadis itu sering ketakutan apabila beberapa lelaki asyik berlegar-legar di luar tempat kerja dan salah seorang daripada mereka gemar memerhatinya.

Bimbang keselamatannya, dia diiringi oleh ibu dan majikannya membuat laporan polis pagi semalam.

Bulan lalu, telefon bimbit pengadu dilarikan dua orang lelaki semasa dia sedang bekerja di dalam kedai.

Pengadu masih ingat dia dituduh mencuri rantai emas semasa dia pergi ke rumah seorang rakan bersama seorang lagi kenalannya tiga tahun lalu.

Untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berulang, gadis itu bertindak membuat laporan polis.