6 wakil Persatuan Muaythai Kuching timba ilmu di Thailand

0

KUCHING: Seramai enam wakil dari Persatuan Muaythai Kuching (PMK) telah turut serta dalam program lawatan dan latihan sambil belajar ke Satun, Thailand pada 6-9 November 2013.

Sepanjang lawatan berkenaan, wakil daripada PMK berkesempatan melawat dan berlatih di empat pusat gimnasium muaythai di Satun, Thailand.

Presiden PMK Jumaat Ibrahim berkata lawatan ringkas itu antara lain bertujuan melengkapkan jurulatih tempatan dengan teknik dan kemahiran baharu bagi memantapkan lagi sesi latihan di kelab masing-masing.

Katanya, program tersebut juga bertujuan memberi pendedahan berguna kepada para jurulatih kelab muaythai di bawah naungan PMK agar mereka dapat meningkatkan lagi kualiti atlet Sarawak terutama yang bakal mewakili negeri di kejohanan Sukma.

Beliau juga berharap lawatan tersebut dapat memberi kefahaman kepada wakil PMK mengenai muaythai dan pada masa sama dapat menaikkan mutu sukan tersebut di sini.