Mohd Arif menceriakan penyokong negara

0

KUCHING: Pemain per­seorangan, Mohamad Arif Abdul Latif menceriakan penyokong negara sete­lah berjaya melangkah ke final Kejohanan Badmin­ton Antarabangsa Maybank Kuching 2013.

Pilihan kedua kejohanan itu menjinakkan pemain Sin­gapura, Yong Zhao Ashton Chen 21-19, 21-14 dalam perlawanan yang cukup sengit di Stadium Perpaduan Negeri, di sini semalam.

Lawan pemain berusia 24 tahun itu hari ini ialah wakil dari Indonesia, Ivanudin Ri­fan Fauzin.

Pemain itu sebelumnya mengejutkan pilihan pertama dari Singapura, Zi Liang Derek Wong 21-17, 21-12.

“Syukur kerana berjaya melangkah ke final meskipun diberi tentangan sengit oleh Yong. Saya cuba memberikan aksi terbaik pada final untuk menjuarai kejohanan ini,” katanya ceria selepas meme­nangi perlawanan tersebut.

Turut mengibarkan cabaran negara di pentas final hari ini ialah beregu lelaki dan wanita, Kah Ming Chooi-Ee Yi Teo dan Amelia Alicia Anscelly-Fie Cho Soong.

Kah- Ee sebelumnya mengejutkan rakan sepasu­kan yang juga pilihan kelima, Khim Wah Lim-Yao Han Ow dengan 21-23, 21-8, 27-25.

Mereka akan menentang pilihan ketujuh dari Indone­sia, Selvanus Geh-Alfian Eko Prasetya.

Manakala Amelia-Fie bakal berdepan Kugo Asumi-Yui Miyauch dari Jepun hari ini.

Sebelumnya, beregu negara yang juga pilihan pertama itu menumpaskan Yuki Fuku­shima-Sayaka Hirota dari Jepun dengan 13-21, 21-13, 21-10.

Saingan negara dalam aksi beregu campuran bagaimana­pun berakhir ekoran kekala­han Jian Guo Ong-Yin Loo Lim dan Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Amelia Alicia Anscelly.

Pilihan pertama Jian-Yin dikejutkan oleh wakil In­donesia Alfian Eko Prase­tya-Shendy Puspa Irawati 17-21, 23-21, 21-10.

Manakala Mohd Lutfi -Amelia tumpas 24-22, 21-19 di tangan beregu Taiwan, Chi-Lin Wang-Ti Jung Wu.

 

“Seperti mana yang kita tahu, produk Milo seme­mangnya terkenal sejak da­hulu lagi menerusi sokongan padu dan penajaanya dalam apa juga kegiatan sukan di negara ini.

“Kita berharap inisiatif seperti ini menjadi pendorong kepada peserta mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya melibatkan diri secara aktif dalam sukan di peringkat akar umbi,” katanya.

Turut diadakan dalam program selama sehari itu ialah klinik sukan melibatkan aktiviti senamrobik.

Hadir sama Pengarah Koordinasi Kem Sukan Milo Further 2013, Datuk Dina Rizal Abdullah dan Pengu­rus Nestle Sarawak, Tony Merril.