Sarawak sedia mempertahan kejuaraan wushu SUKMA

0

KUCHING: Skuad elit dan pelapis wushu Sarawak ber­sedia mempertahankan ke­juaraan pada SUKMA XVII di Perlis dan edisi 2016 yang akan diadakan di Sarawak.

Kontinjen negeri tampak lebih yakin setelah menjalani kem latihan motivasi di Sema­tan Palm Beach Resort dari 11 hingga 13 November lalu.

Seramai 25 atlet termasuk tiga jurulatih menjalani pro­gram selama tiga hari ter­masuk bengkel motivasi dan seminar yang dikendalikan oleh pakar psikiologi sukan Chong Siew Kian dari Pusat Satelit Sarawak Institut Sukan Kebangsaan dan jurulatih, Ling Ung Hee, Wong Hua Yiing dan Lau Hui Wui.

Turut serta ialah instruktor gimnasium Majlis Sukan Neg­eri Sarawak (MSNS) yang juga bekas pemenang pingat emas wushu negeri, Donny Tay.

Naib Presiden Perseku­tuan Wushu Sarawak (WFS), James Ting berkata seramai 29 peserta dipilih untuk menyer­tai kem motivasi tersebut na­mun empat daripada mereka tidak turut serta kerana masih menduduki peperiksaan.

“Kita mahu memastikan setiap atlet negeri mempunyai tahap mental yang kental dan tinggi agar dapat menangani tekanan semasa kejohanan SUKMA,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan atlet negeri masih baru dan muda dan latihan mental itu amat penting bagi mereka.

“Persediaan yang kita jalankan ini bukan setakat untuk menghadapi SUK­MA 2014 tetapi edisi 2016 yang mana akan diadakan di Sarawak,” tambahnya.

Semasa kem tersebut, pe­serta terlibat dengan pelbagai program sukan dan lati­han bertujuan mengeratkan hubungan sesama atlet.

“Kami mahu memastikan kesemua atlet memberikan komitmen terhadap latihan, memiliki disiplin yang tinggi dan tingkah laku yang baik,” jelas Ting sambil menegaskan WFS tidak akan berkrompo­mi dengan mana-aman atlet yang tidak berdisiplin.

Beliau memberi peng­guguran salah seorang atlet pelapis SUKMA XVII yang meraih dua emas pada Kejo­hanan Wushu Kebangsaan di Kuala Lumpur ekoran disip­lin yang buruk.

“Bagi saya, kejayaan me­menangi emas tidak memberi sebarang makna jika kamu tidak berdisiplin dan menun­jukkan semangat kesukanan,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Ting berkata skuad elit dan pelapis Sarawak akan men­jalani latihan di pusat latihan baharu di Pusat Sukan Kota Sentosa, Jalan Stakan.

Jelasnya, WFS juga ber­cadang untuk menghantar beberapa atlet berpotensi memenangi emas menjalani latihan di China pada bulan Januari atau Februari 2014.

Senarai atlet wushu yang akan menyertai SUKMA XVII akan dimuktamadkan pada Disember depan.