Wednesday, October 16

12 peserta wushu dari Miri bakal berentap di Kuching

0

SEMOGA BERJAYA: Lee menyampaikan bendera kepada pasukan wushu Miri.

MIRI: Seramai 12 peserta Persatuan Wushu Miri menyertai Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri di Kuching pada 22 hingga 24 November ini.

Peserta terdiri daripada John Yu, Pang Yi Fei, Pang Yi Gin, Tiong Ying Shin, Farid Adam, Law yee Xuan, Kelvin Lau, Kimberly Chin, Amy Bong, Gloria Tipung, Lo Shi Heng dan Ling Jia Wen.

Selain wushu, turut dipertandingkan ialah pertandingan silat, Tang Soo Do, Muaythai dan Silamban. Setiap bahagian haya dibenarkan menghantar 12 peserta.

Sehubungan itu, Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Kim Shin menyampaikan bendera kepada pasukan wushu di Miri malam kelmarin.