Pesalah trafik masih diberi peluang: Polis

0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tid­ak akan menangkap pesalah trafik yang telah dikeluarkan waran tangkap serta mereka yang mempunyai saman tertunggak bagi memberi mereka peluang menjelaskan­nya sebelum penguatkuasaan menyeluruh dilakukan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Ne­gara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata peluang itu diberikan sebelum Ops Warta dilancarkan tidak lama lagi.

“Tempoh peluang ini kami tidak akan dedahkan. Bila kami telah laksanakan pen­guatkuasaan menyeluruh nanti, mereka yang ada waran dan saman tertunggak kami akan terus bawa mereka ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmi­kan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial di sini, semalam.

Mengenai Ops Cantas Khas Sempadan, beliau berkata tumpuan akan diberi kepada pintu masuk sempadan negara bagi mengintip dan bertindak terhadap penyeludupan sen­jata api. — Bernama