Video dakwaan Anwar mengenai pengundi Bangladesh ditayang

0

KUALA LUMPUR: Video yang memaparkan ketua pembangkang mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lepas ditayangkan kepada anggota perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam.

Rakaman yang dipetik daripada portal berita Malaysian Gazette itu menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan itu pada dua majlis iaitu semasa sidang akhbar dan dalam satu ceramah politik.

Sedutan video itu yang diselitkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden UMNO menyebabkan kira-kira 3,000 perwakilan dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara bertindak bersorak mengejek ketua pembangkang berkenaan.

Antara dakwaan yang dibuat Anwar dalam sedutan video itu ialah BN menaja 16 penerbangan khas setiap hari bagi membawa warga Bangladesh dan Indonesia masuk ke negara ini untuk menjadi pengundi pada PRU13.

Penasihat PKR itu juga mendakwa BN tidak mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya berkenaan sehingga terpaksa membawa masuk warga asing sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan mereka.

Tayangan video itu dibuat ketika ucapan Najib me-nyentuh mengenai dakwaan Anwar itu.

Tayangan itu dibuat susulan selama ini Anwar mendakwa kononnya beliau tidak pernah menyatakan perkara itu se-baliknya menuduh kononnya blogger-blogger UMNO yang mengada-adakan dakwaan berkenaan.

Najib ketika menyentuh perkara itu melempar sindiran: ‘Sejak bila Malaysia mempunyai suku kaum Bangladesh’.

Beliau juga memaklumkan anggota perwakilan bahawa momokan pembangkang itu menyebabkan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina terkejut dan menafikannya apabila perkara itu dimaklumkan kepada beliau sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke negara berkenaan bulan lepas. — Bernama

n Sri�& mu�$N��8 Abbas memaklumkan kepada beliau mengenai kehilangan peluang pelaburan dari Taiwan bagi projek Pembangunan Ber-sepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia itu.

 

Ini kerana sebilangan pembangkang telah ke negara itu dan menakut-nakutkan pelabur terbabit, katanya. — Bernama