S’wak perlu pusat pemeriksaan kanser

0

KUCHING: Sarawak memerlukan sebuah pusat penjagaan kesihatan sehenti khas untuk pemeriksaan dan pengurusan kanser.

Bagi tujuan itu, Presiden Kesatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Sarawak Dr Lam Chin Chyou me-nyarankan agar kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaan pusat berkenaan bagi memperbaiki kualiti hidup rakyat.

“Pusat seperti ini telah diwujudkan di Kuala Lumpur dan jika ia disediakan di sini ia pasti akan menggalakkan lagi masyarakat untuk tampil dan diagnosis diri mereka bagi mengenal pasti tanda-tanda awal kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penye-rahan replika cek kepada kesatuan di Sarawak Club di sini semalam.

Tambah Dr Lam, seorang daripada empat individu di dunia akan mendapat kanser pada hayat mereka dan bilangan ini dilihat semakin meningkat dengan seorang daripada tiga individu berkemungkinan menghidap kanser.

Katanya kanser usus dan paru-paru antara yang se-ring dihidapi lelaki tetapi bagi wanita, mereka lebih berisiko menghidapi kanser payudara.

Secara amnya, kanser me-nurut Dr Lam akan sentiasa dalam badan manusia kerana badan mengeluarkan sel-sel kanser.

“Sudah pasti mereka yang mendapat jangkitan genetik berisiko tinggi untuk mendapat kanser tertentu.

“Ditambah dengan persekitaran sekarang ia akan menyumbang kepada pertumbuhan kanser melalui barangan yang kita gunakan, terdedah dan makan.

“Sebagai contoh, sebelum tahun 1900 dahulu, kanser paru-paru tidak wujud tetapi apabila tabiat merokok datang, sejak itu kanser paru-paru mula wujud,” katanya.

Berikutan itu Dr Lam menggesa agar lebih ramai individu tampil membantu dan komited dalam menganjurkan aktiviti bagi mempromosi dan mendekati rakyat mengenai kesedaran, pencegahan dan pemeriksaan kanser.

Kos untuk pemeriksaan kanser tidak begitu tinggi dan agak berpatutan tetapi bagi mereka yang tinggal di luar bandar, peluang untuk mendapatkan pemeriksaaan adalah sukar.

Beberapa tahun ini, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga mempunyai pakej untuk pemeriksaan kesihatan tetapi jika diwujudkan pusat kesihatan sehenti bagi pemeriksaan kanser ia adalah lebih ideal.

Dalam pada itu replika cek bernilai RM60,352 itu telah disampaikan oleh Duta Malaysian Esquire Movember Movement (MEMM) Bobby Ting kepada Naib Presiden NCSM Sarawak Datuk Wee Hong Seng sambil disaksikan Dr Lam.