Sarawak pilih atlet taekwondo untuk SUKMA 2014

0

PERSIAPAN: Tan (enam kiri) bersama ketua jurulatih dari pelbagai kelab gabungan WTF pada pemilihan tersebut di Kuching.

KUCHING: Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS) telah mempamerkan keseriusan dalam propagasi, pembangunan dan promosi sukan taekwondo (WTF) apabila melakukan inisiatif untuk menyelenggarakan pemilihan atlet bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2014 kepada semua kelab gabungnya di negeri ini.

Jadual bengkel telah diadakan di Kuching dengan penyertaan kira-kira 40 orang peserta (umur 16-21 tahun) dari Kuching, Samarahan, Sibu, Meradong, Bintulu dan Miri bertanding pada pemilihan yang dikendalikan oleh pengerusi teknikal negeri, Tan Check Joon dan jurulatih dari Thailand, Kochphoom Nimmit.

Seramai 16 orang peserta lelaki dan wanita masing-masing akan dipilih dan atlet-atlet berbakat akan dipersiapkan untuk SUKMA 2014.

Presiden PTNS, Mohd Salleh Sani berkata dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dimiliki oleh para jurulatih tempatan dan jurulatih dari Thailand, beliau berharap ramai atlet taaekwondo hebat dapat dilahirkan dari seluruh negeri.

“Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) juga akan membantu PTNS menetapkan kursus-kursus yang dijadualkan bagi membantu dan meningkatkan pengetahuan para jurulatih dan kemudian akan mempersiap atlet-atlet SUKMA 2014,” katanya.