Atlet paralimpik diyakini mampu bawa kejayaan

0

SEPANG: Ketua kon­tinjen negara ke Sukan Para Asean di Naypyitaw, Myanmar Datuk Zakaria Musa yakin penyertaan atlet paralimpik baharu mampu membawa ke­jayaan besar buat negara kali ini.

Zakaria berkata hampir semua yang mengambil bahagian terdiri daripada atlet muda yang layak se­cara merit. Mereka akan menyertai 205 acara meli­batkan 11 daripada 12 jenis sukan yang dipertand­ingkan.

“Saya yakin atlet yang mengambil bahagian nanti mampu melepasi sas­aran 50 pingat emas yang ditetapkan, persediaan mereka berjalan lancar.

“Kami mahu atlet muda yang pertama kali men­gambil bahagian menimba pengalaman dan perlu membuktikan kekua­tan masing-masing se­belum bersaing ke te­masya lebih berprestij,” katanya ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menaja penerbangan sewa khas untuk 160 atlet dan pegawai sukan ke temasya dwitahunan itu dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyitaw, Myanmar.

Malaysia menghantar 151 atlet termasuk 23 wanita pada temasya itu yang bermula 14 hingga 20 Januari ini.

Malaysia meletakkan sasaran 50 pingat emas pada temasya itu.

Atlet negara mengam­bil bahagian dalam acara olahraga, renang, me­manah, pingpong, pow­erlifting, bola keranjang berkerusi roda, goalball, boccia, catur, bola sepak lima sebelah (buta) dan bola sepak tujuh sebelah (cerebral palsy).

Acara olahraga men­jadi sasaran lubuk emas kontinjen negara den­gan 32 emas disasarkan. — Bernama