Friday, March 22

Jangan panik khabar angin makanan dalam tin tercemar HIV

0

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri menasihati rakyat Sarawak agar tidak panik dengan khabar angin tentang ma-kanan dalam tin yang dikilangkan dari Thailand tercemar.

Pengarahnya Datu Dr Zulkifli Jantan mengesahkan setakat ini pihaknya belum lagi menerima maklumat atau arahan berwaspada daripada Kementerian Kesihatan mengenai perkara itu.

“Disebabkan perkara ini, pengguna menjadi panik selepas mendengar khabar angin ini.

“Sekiranya tidak ada apa-apa (selepas mendapatkan kesahihan) kami akan memaklumkan kepada orang ramai dengan segera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pihaknya telah menerima arahan daripada kementerian untuk mengharamkan pro-duk makanan dalam tin dari Thailand.

Kegusaran rakyat negeri ini selepas menerima ‘pesanan kecemasan’ yang disebarkan menerusi SMS yang mengingatkan pengguna agar berwaspada dan tidak mengambil makanan dalam tin yang dikilangkan dari Thailand kerana dicemari Human Immunodeficiency Virus (HIV).

SMS itu mendakwa kira-kira 200 pembawa virus HIV di Thailand telah diarahkan oleh ketua mereka untuk mencemarkan makanan dalam tin menggunakan darah mereka.

Malah, khabar angin itu dikuatkan lagi dengan pengesahan yang dibuat oleh Kerajaan Thailand.

SMS itu juga menyatakan bahawa beberapa orang telah dijangkiti selepas mengambil makanan dalam tin seperti longan, laici, rambutan dan mangga yang telah dialihkan dari pasar raya.

Dr Zulkifli berkata, sudah menjadi amalan standard jabatanya (segera mengalihkan produk dari pasaran) sekiranya mendapati sesuatu terjadi.

“Kami akan menyekat dahulu produk ini sementara menunggu arahan lanjut daripada kementerian untuk tindakan seterusnya,” ujarnya.