Mayat lelaki warga Myanmar dijumpai di Tanjung Bako

0

KUCHING: Mayat lelaki warganegara Myanmar dijumpai di Tanjung Bako kira-kira jam 6 petang semalam selepas dilaporkan hilang, Sabtu lepas.

Mayat lelaki yang dikenal pasti sebagai  Jar Ni Ehone Myine, 26, ditemui penduduk kampung di Tanjung Bako di celah pokok bakau.

Mangsa dikatakan terjatuh ke Sungai Sarawak berhampiran baraj, selepas tersangkut pada tali kapal sebelum dihanyutkan arus.

Kru kapal yang ternampak insiden itu segera memaklumkan kejadian itu kepada kapten kapal dan seterusnya menghubungi pihak polis.

Gerakan mencari dan me-nyelamat dimulakan serta-merta oleh pasukan bomba dari Tabuan Jaya yang dike-tuai Tawang Linggem bersama pihak polis.