Ahli SUPP berhak membuat keputusan bergabung dengan parti komponen BN

0

KUCHING: Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berhak membuat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) sekiranya berniat untuk berbuat demikian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menambah, keputusan itu tidak perlu campur tangan daripada orang luar.

“Orang di luar parti cuma mampu memberikan panda-ngan atau nasihat berhubung masalah dalaman seperti di-alami SUPP kini.

“Sekiranya SUPP berhasrat untuk bergabung dengan SPDP itu bergantung kepada keputusan pemimpin dan ahli SUPP.

“Ini merupakan masalah dalaman parti, jika ahli parti merasakan mereka mahu bergabung dengan apa sahaja parti (BN), itu terpulang kepada mereka,” jelasnya ketika diminta mengulas desas-desus agar SUPP bergabung dengan parti komponen BN lain iaitu SPDP.

Beliau bagaimanapun tidak pasti jika penggabungan parti itu akan memberi keputusan yang baik tetapi pasti perkara itu tidak perlu digembar-gemburkan kerana parti komponen dalam BN itu kukuh.

Wan Junaidi cuma men-cadangkan agar ahli parti bijak membuat keputusan yang baik untuk parti yang disertai mereka.