Duta Aman Palestin akan hadiri majlis amal 8 Februari

0

KUCHING: Duta Aman Palestin Heliza Helmi akan datang ke Sarawak pada 8 Februari depan sempena majlis makan malam amal di Kelab Golf Sarawak.

Menurut kenyataan akhbar semalam, majlis makan malam amal itu bertujuan mengumpul sumbangan untuk Tabung Wanita dan Kanak-Kanak Palestin dan Syria.

Dana yang dikumpul itu akan disalurkan kepada golongan memerlukan dalam usaha membantu wanita dan kanak-kanak di negara itu yang menghadapi ancaman kebuluran dan penyakit.

Pada majlis itu nanti, pelbagai acara menarik akan diadakan di samping perkongsian istimewa daripada Heliza dan tayangan video khas.

Hanya RM100 dan RM150 dikenakan untuk mereka yang ingin menyertai majlis makan malam amal itu dan RM1,000 dan RM1,500 pula untuk satu meja.

Malah, sumbangan berupa cek dan wang tunai daripada orang ramai juga amat dialu-alukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai majlis itu, orang ramai boleh menghubungi Zainizam menerusi talian 019-4991610.