Tarian singa bukan untuk kaum Cina sahaja, kata Jerip Susil

0

KUCHING: Peningkatan bilangan Bumiputera terlibat dengan tarian singa membuktikan budaya warisan itu bukan untuk masyarakat Cina sahaja.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata, pada masa ini bilangan Bumiputera menyertai tarian singa semakin meningkat dan ia merupakan petanda positif dengan budaya warisan tersebut.

gSebenarnya tarian singa bukan untuk masyarakat Cina sahaja tetapi juga menjadi aktiviti pilihan Bumiputera termasuk Iban dan Bidayuh.

gPenglibatan Bumiputera dalam tarian singa boleh dilihat terutama ketika sambutan Tahun Baharu Cina,h katanya ketika berucap pada majlis menitik mata singa di sini, malam kelmarin.

Beliau yang juga penasihat kehormat Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak berkata, tarian singa perlu diangkat sebagai tradisi masyarakat terutama di kalangan generasi muda.

gIni (tarian singa) penting untuk sebahagian daripada identiti kita. Adalah penting untuk dipupuk dididik kepada generasi muda.

gIbu bapa juga perlu menggalakkan anak masing-masing terlibat dengan budaya warisan,h ujarnya.