Wanita dakwa dirogol bapa tiri

0

KUCHING: Seorang wanita yang mendakwa menjadi tempat pemuas nafsu bapa tirinya sejak awal November tahun lepas tampil membuat laporan polis baru-baru ini berhubung perkara tersebut.

Difahamkan, mangsa yang berusia 28 tahun itu tidak tahan lagi diperlakukan sedemikian apabila dia dikatakan dirogol oleh suspek hampir setiap hari dan kali terakhir ialah pada 20 Januari lepas.

Sumber memberitahu, kejadian sering berlaku di rumah keluarga mangsa di Demak Laut ketika mangsa berseorangan di rumah dan peluang tersebut digunakan oleh suspek untuk merogol mangsa.

Justeru, mangsa yang sudah mempunyai dua orang anak namun berpisah dengan suaminya sejak Mei tahun lepas nekad untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

“Pengadu (mangsa) telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut,”katanya sambil menambah pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.