14 laluan keluar air atasi banjir Bintulu

0

BINTULU: Hasil kajian yang dilakukan oleh Lem¬baga Kemajuan Bintulu (BDA) mengenal pasti 14 laluan keluar air dari sis¬tem perparitan dan laluan baharu akan dibina bagi mengatasi masalah banjir di sini.

Pengurus Besar BDA Datu Mohidin Ishak berkata pihaknya melakukan kajian sistem perparitan dan limpa¬han air Sungai Sibiyu setiap kali air hujan turun mengalir ke sungai itu.

Katanya penempatan pen¬duduk berdekatan dengan sungai itu seperti Kampung Baru, Kampung Kemunting, Desa Damai, taman-taman perumahan serta kawasan sepanjang laluannya apa¬bila hujan, air sungai melim¬pah dan kawasan aliran air tersekat sekali gus mengaki¬batkan banjir.

Justeru, untuk mengatasi masalah itu sebanyak 14 la¬luan keluar air yang baharu dan sedia ada dikenal pasti di kawasan itu dan pihaknya akan membina dan memper¬baikinya.

“Kami menghantar permo¬honan untuk memperbaiki sistem perparitan laluan keluar itu kepada Lembaga Perancangan Negeri (SPA) dan mereka telah meluluskan¬nya.

“Dan, kami juga menda¬pat bantuan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk mengkhususkan kawasan simpanan bagi membina laluan keluar itu,” katanya ketika menyampaikan tak¬limat mengenai kejadian banjir pada 29 Disember 2013 dan 22 Januari lalu dan cadangan tindakan susulan di Bilik Sri Bintulu Wisma Residen, di sini Khamis lalu.

Hadir sama Residen Ba¬hagian Bintulu Muhamad Yakup Kari, Pegawai Daerah Bintulu Tuah Suni dan ketua-ketua masyarakat.

Mohidin berkata, paras air Sungai Sibiyu yang mencecah sehingga enam meter adalah sebahagian daripada punca kepada kejadian banjir dan lebih tinggi daripada paras Jalan Sibiyu.

“Daripada kajian yang dilakukan, adalah perlu un¬tuk Jalan Sibiyu ditinggikan daripada tujuh hingga lapan meter.

Membina jalan itu lebih tinggi daripada ketinggian Sungai Sibiyu mampu men¬gatasinya dan perlu dilakukan segera termasuk kerja-kerja mengorek sistem perparitan,” jelasnya.

Menurutnya, pada tahap tertentu paras air Sungai Sibiyu mencecah sehingga enam meter mengakibatkan limpahan ke kawasan pen¬empatan penduduk termasuk sekolah-sekolah.

“Di antara kawasan Kam¬pung Kemunting dan Desa Damai laluan keluar sistem perparitan ini amat diper¬lukan,” ujarnya sambil ber¬harap usaha tersebut mampu mengatasi masalah banjir.

Beliau berkata daripada 14 laluan keluar sistem per¬paritan itu, lima adalah laluan sistem perparitan baharu yang akan dibina.

Katanya kos keseluruhan bagi kerja-kerja pengorekan serta pembinaan 14 laluan keluar air dan sistem per¬paritan utama itu berjum¬lah lebih RM77 juta dan peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berjumlah RM6 juta untuk tahun ini bagi kegunaan pembaikan sistem perparitan juga akan digunakan.

Dalam pada itu, empat la¬luan keluar air turut dikenal pasti di Medan Jaya sehingga ke Beverly Hill, Jalan Kidu¬rong, perumahan dan Kam¬pung Assyakirin di sebelah kanan Sungai Sibiyu yang turut terjejas akibat banjir.

“Taman Gloria, Taman Bambo, Beverly Hill, Jalan Bintulu-Miri mempunyai banyak pembetung mana¬kala di SJK Sebiew Chinese, SMK Bandar, Jade Garden, kawasan UPM hingga ke Sungai Sibiyu, dikenal pasti empat laluan keluar besar di situ,” katanya.

Namun, keutamaan diberi¬kan kepada pembinaan parit konkrit di kawasan Beverly Hill dan UPM.

“Di Kampung Assyakirin, terdapat parit besar tetapi paras air Laut China Selatan lebih tinggi menyebabkan kawasan itu terjejas dan untuk mengatasinya den¬gan menempatkan jentera pengepam dan membina baraj bagi menyekat laluan air laut masuk dan mengepam air keluar dari parit besar apabila air pasang,” tam¬bahnya.

Katanya pihak BDA akan mendapat bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melakukan kajian lan¬jut dan seterusnya membeli pam untuk tujuan itu dengan segera.

Berhubung banjir di kawas¬an Sungai Plan, pihak BDA juga membuat laluan keluar air yang efisien dan melaku¬kan kerja-kerja pengorekan parit lebih besar.