Aksi boling ‘Foursome Fun Event’ 16 Feb

0

MIRI: Penggemar sukan boling dipelawa menyertai pertand­ingan boling ‘Foursome Fun Event’ pada 16 Februari de­pan.

Jurucakap penganjur, Jestini Kaboh berkata pertandingan berkenaan terbuka kepada pemain boling dengan gred SB atau ke bawah.

“Bayaran yuran RM180 dikenakan untuk sepasukan dan tarikh tutup adalah pada 14 Februari ini.

“Pertandingan ini berdasar­kan format tenpin dan setiap pasukan merangkumi empat pemain sekurang-kurangnya seorang pemain wanita dan seorang pemain gred SB,” katanya.

Menurutnya, juara bakal membawa pulang wang tu­nai RM500, tempat kedua menerima RM300 diikuti den­gan RM200 bagi tempat ketiga, tempat keempat RM100 mana­kala ditempat kelima menerima RM50.

Selain itu, hadiah bagi kate­gori Best Men dan Best Women masing-masing akan membawa pulang RM50 untuk tempat pertama,wang tunai RM30 untuk tempat kedua, tempat ketiga RM20 dan tempat keem­pat menerima RM10.

Mereka yang berminat turut boleh menghantar emel kepada penganjur di alamat megalane­[email protected] atau men­ghubungi pejabat Megalanes di talian 085-430141 untuk keterangan lanjut berhubung pertandingan terbabit.